Wednesday, June 10, 2009

Unity Government: Cukup ler! Manek Urai sedang melambai….

Jun 9th, 2009 | By webmaster | Category: Isi II, M3m, Team PerakExpress

http://perakexpress.com/www/?p=4280

Oleh M3M
Udah….. cukup….. jangan bangkit dan cakap pasal kerajaan perpaduan lagi. Put a full stop to it!!! Komer…… Mustapha Ali dah bersuara. Syooooo….. komer, syooooo…… jangan cakap hal tu lagi. Bagi perhatian pulak pada Manek Urai supaya PAS tak terburai di sana.

Aha…… sedor tak per!!! Itu sebab mulut jangan gatai dan capoi sangat. Sekarang……. bila isu UG dah tak ter’control’……. baru sibuk nak suruh orang bisu. Tok Pa oi….. kemarahan mesti diluahkan. Kena let go anger tu oi… Kalau dipendam, boleh sakit jiwa…. not good for your emosi. Kacau jiwa, yeop!!! Sebab itu…. di sana sini orang semua pom pang….. pom pang….. sebab, demer tak nak sakit jiwa… tak nak jiwa kacau, akibat perbuatan dua tiga kerat pemimpin PAS yang di atas nun…..

Kalau dah tahu situasi tahap kemarahan akar umbi dan penyokong PAS berkaitan isu UG ni, tak per…..!!! Manek Urai…. no hal punyer. Anytime mereka boleh tolong…. sebab para pendokong dan penyokong PAS, bekerja bukan kerana nak bodek pemimpin atau gilakan kuasa dan kedudukan. Titik peluh mereka adalah semata-mata untuk PAS dan perjuangan nyer. Kalau setakat nak bertungkus-lumus memenangkan PAS di Manek Urai….. no problem punyer ler. In fact….. PKR dan DAP pun sanggup all out membantu, macam yang mereka lakukan di Bukit Gantang dan di Kuala Terengganu. Itu ler dia semangat setiakawan!!!! Amacam sekarang…??? Tak malu ke dengan demer???

Yang sedih nyer…. hat dua tiga kerat di atas tu jer, yang lupa daratan….. tak ingat jasa kawan….. sampai TGNA pun depa persendakan. Tak pa….. tak pa….. Oleh sebab, Manek Urai terletak di Kelantan, negeri yang diterajui oleh TGNA, yang disayangi dan dihormati, maka usaha yang berlipat kali ganda akan dicurahkan demi mengekalkan Manek Urai di tangan PAS.

So…. Tok Pa, tak yah ler nak pujuk-pujuk beriya-iya…. akar umbi PAS dari Satu Malaysia, ada otak dan demer tahu apa nak buat untuk Manek Urai. Mereka akan berkampung di sana untuk mempertahankan maruah PAS, bila tiba masa nyer nanti. Not to worry la….

Dalam pada komer memujuk akar umbi supaya tutup mulut, nasihatkan jugak dua tiga kerat yang hat di atas tu……!!! Suruh depa muhasabah diri tu sikit dan guna otak dan pikir serta halusi luahan hati dan suara pom pang…. pom pang daripada akar umbi. Jangan dok perasan nak ke Putrajaya jer…… Jalan sehala tak jadi. Jalan…… mesti dua hala, baru boleh jadi!!! Hangpa pun, jangan dok harap akar umbi jer tetapi hangpa pun kena turun padang buat kerja….. Jangan dok berangan jer!!! Mai pujuk balik orang-orang Kelantan. Apa yang hangpa buat pada TGNA benar-benar telah melukakan hati rakyat Kelantan. Ustaz Nasha hang jaga…. takut PRU13 nanti hang ternganga!!! Jam tu orang akan ketawa….. ha… ha… ha…. ha…. ha…..!!!!

Harapan semua…. tutup…. seal terus… buang pi jauh-jauh…. kambuih dalam-dalam…. niat untuk tubuhkan UG dengan UBN. Jangan pulak lepas PRK Manek Urai…. cerita UG ni hangpa timbulkan balik. Memang hangpa cari nahas ler….

Muktamar PAS sudah selesai…
Manek Urai pula melambai….
Tak lama lagi semua akan sampai…
Semoga kejayaan akan tercapai….

Takbir!!! Takbir!!! Takbir!!!

Ref:Malaysiakini,Wartamaya.

No comments:

Post a Comment